Not a member?
JOIN HERE
Find and click on your name.

PROFILE UPDATES


•   Khuzairi Othman  12/10
•   Noorsyahliza Sujak  23/8
•   Enney Suhana A Hamid Hamid (Hamid)  25/2
•   Aden Taib -  12/9
•   Ahamado Nakata Izudino  10/1
•   Mohd Farhan Tasruhadi -  24/11
•   Edy Hafizan Shahali Edy Hafizan Mohd Shahali  16/10
•   Rafidah Jemain -  13/9
•   Mohd Hasrol Hanif Mohd Ali  10/9
•   Saleh Yusak  6/9
Show More

WHERE ARE THEY NOW


UPCOMING BIRTHDAYS



•   Muhammad Lukman Zulkifly  26/4
•   Muhamad Azhan Tumiran -  28/4
•   Saleh Yusak  30/4

MISSING CLASSMATES


Know the email address of a missing Classmate? Click here to contact them!

JOINED CLASSMATES


Percentage of Joined Classmates: 31.4%

A:   53   Joined
B:   116   Not Joined
(totals do not include deceased)

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera,

Lanjutan dari cadangan untuk mengadakan reunion SMSJ9296 pada tahun hadapan bersempena 20 tahun kita meninggalkan sekolah, satu jawatankuasa kerja telah diwujudkan. AJK telah bersetuju untuk menamakan program ini dengan nama “#throwback96”.

Berikut adalah senarai AJK #throwback96:

Penasihat : Nor Shelyzam Ahamat
Pengerusi : Muhammad Azhan Tumiran
N.Pengerusi : Kamarul Hanif Husaini

Setiausaha : Amri Jasin
Bendahari : Mohamed Shariff Abd Wahab

Biro Logistik :
Hafizan Fuad (K)
Mohd Herwan Sairon
Azeem Ariff Zaid
Mohd Lokman Zulkifli (JB)

Biro Malam Gala : 
Mohd Afzanizam Mohd Taib (K)
Noor Azniza Zakaria
Roma Jamil

Biro Perbendaharaan (Treasury) : 
Norhani Sharim (K)
Shalina Dzulkifli (JB)

Biro Media & Komunikasi : 
Mohd Herwan Sairon (K)
Zulkurnain Sarman
Mohd Lokman Zulkifli (JB)
Shalina Dzulkifli (JB)


Sehubungan dengan perlantikan AJK #throwback96 ini, satu mesyuarat telah diadakan dan hasil perbincangan dari mesyuarat tersebut adalah seperti di bawah:

Lokasi program : Medan, Indonesia
Tarikh : 29/4 - 1/5 2016 atau 30/4 - 2/5 2016 (akan ditentukan melalui undian ramai)
Yuran : 
RM1,000 bagi keluarga 3 orang dan ke bawah
RM1,500 bagi keluarga 4 orang dan ke atas

Mengapa Medan?
Unik - Belum pernah ada dalam sejarah reunion SMSJ diadakan di luar negara.
Masa - kualiti masa serta aktiviti yang dapat kita habiskan bersama-sama.
Wang - kuasa membeli belah adalah tinggi kerana faktor tukaran wang dan barangan yang murah.
Pengalaman - Kebanyakan AJK sangat ‘familiar’ dengan lokasi dan ini memudahkan urusan.

Yuran yang dikenakan adalah termasuk tiket kapal terbang, pengangkutan di Medan dan hotel serta jamuan makan malam. Peserta hanya perlu membayar untuk cukai tertentu yang akan dikenakan di Medan. 

Di samping itu, pelbagai aturcara telah diaturkan untuk peserta seperti melawat Danau Toba, hotel sekurang-kurangnya bertaraf 4 bintang, shopping di Medan, sukaneka dan lain-lain. Senarai penuh jadual program akan kami kongsikan di laman web. Acara kemuncak ialah Majlis Makan Malam yang akan diadakan beserta dengan aktiviti seperti cabutan bertuah, persembahan artis dan lain-lain.

Satu laman web khas telah dibangunkan bersempena dengan program ini dan diharap anda dapat mendaftarkan diri secara percuma. Segala informasi akan diberitahu dari masa ke semasa di laman web di bawah :

https://www.classcreator.com/Kluang-Malaysia-Sekolah-Menengah-Sains-Johor-1996/

Di harap program ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari anda semua kerana tanpa kita sedari, telah 20 tahun kita meninggalkan sekolah dan pasti ada di antara kita yang merindui zaman kehidupan di asrama kerana di situlah antara penyumbang terbesar dalam penentuan arah hidup kita bersama rakan-rakan kita.

Segala pertanyaan boleh diajukan kepada AJK-AJK yang terlibat di atas.

Sekian, terima kasih.
Herwan (Ketua Biro Media & Komunikasi)